Bun Manis dan aneka roti

Assalam Dears

Lama benor teman tak ngupdate di sini, terperam je resepi2 hihi

Dah cuba buat koci dan tepung pelita sendiri, seronok walaupun masih lompong sana sini hehe..tapi skip dulu, saya nak share resepi bun @ roti manis yang saya tengok dari blog K.Ros yang pakar meroti tu

Sejak ada BM, seminggu ni asyik nak meroti aja..atenya dah ada benda menolong kan..huhu, takdelah lenuh lagi tangan teman nguli ^_^

kalau hari  isnin buat pizza

piza

untuk resepi pizza, boleh selak2 entri lama kot :)

untuk resepi roti dan bun yang masih fresh dari oven pasal buat hari ni ;) saya ambil di sini

img_3537

ini bun kelapa manis sebab tiga sederet yg besar tu saya bubuh inti kelapa (baki inti koci) yang lain tu cuma tabur kelapa kering+gula ;)

satu loyang lagi saya buat roti sosej pelbagai benuk (pembuat roti amatur la katakan hihi) macam2 jadinya

img_3549

tengoklah..macam2 bentuk huhu

makan masa panas2 baru keluar dari oven mmg sedap..3 ketul saya makan huhu dengan anak dara saya ^__^

untuk resepi adalah seperti di bawah ni ye

Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.

kejadian sebelum pembakaran ;)

img_3533

img_3536

close up sket gambar tembakan kamera biasa ni hehe

set

selamat mencuba…syoknya meroti ^__^

Tags: , , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Marshmallows

Assalam Dears

Sebenarnya saya bukanlah suka sangat makan marshmallow, kebetulan ada stok gelatin Halagel dan jumpa pula resepi mudah buat marshmallows..maka rasa nak cuba buat sendiri pon menjelma hihi

img_3384

hari pertama buat macam compius sangat apa pasal bau gelatin kuat bebenor? udahlah bentuk huduih huhu..

cepat benar dia keras  kenyal..tips ckp nak potong guna pisau basah, tp sy buat x jadi..geram punya pasal..potong ikut suka ha huu

so sapa2 nak try meh rujuk resepi kat bawah ni yg saya ambil dari sini

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz potongan )

  • 1/4 cawan tepung jagung**
  • 1/3 cawan confectioner sugar **
  • 21gm gelatin
  • 1/3 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • 1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)* sy ganti golden syrup
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna (optional)

Cara-cara

  1. Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
  2. Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
  3. Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
  4. Sediakan loyang 8×8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.
  5. Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
  6. Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  7. Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

img_3382

Tags: , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Garlic Bread dan Creamy Chicken Soup

ASSALAM DEARS

img_3368

Dah lama sebenarnya teringin nak buat garlic bread, lagi2 lepas tengok kat blog2 masakan..Mula2 jumpa kat blog K. Nor..sekali tengok resepi dekat blog K. Izah Daut macam senang je pasal semua bahan2 ada di rumah..untuk sapuan garlic tu ikut stail K.Nor

Jangan tak tau, saya guna tangan je uli 1/2 kilo tepung tu..abis je menguli lenguh2 tangan yang lembut ni hikhik..Rasa nak pau BM mak saya kat kg tu sebab mak dah tak guna..boleh ye mak..anakmu ni gemor meroti heee

Gambar2 sebelum pembakaran

img_3364

img_33671

img_3365

sebenarnya ada kisah tak berapa best masa hari kejadian huu..saya punyalah eksited doh naik kembang dengan cantek..dah siap bentuk-bentukkan doh ke dalam dua loyang di atas..tapi x bubuh sapuan garlic butter lagi la..nak bagi doh naik sekali ganda..

Baru je nak bakar, elektrik pula tak ada pukul 5.30 ptg..hua..buat hal pula..sempat lagi kami kluar teman hubby pergi klinik dia demam, balik  rumah magrib tu masih takde elektrik..tengok doh dah kembang sampai terkeluar2 dah huhu..yang tak besnya bila lelama roti akan cepat masam la..

Bila elektrik dah ada balik dalam pukul 9 lebih, saya amek doh kombang tadi dan uli semula huu..apa2 pun rasanya sedap..gebu dan seronok buat roti ni..

resepi saya amek copy n paste dari blog K.Izah ye

BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana Ika



Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan


Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
80g margerine


Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


atau


1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.
img_3373
img_3374
bawah ini pula cara2 nak buat sapuan garlic butter
GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!
*******************************************************************************
Tak sah kalau makan garlic bread tanpa mushroom soup bukan?
Memandangkan saya tiada stok mushroom, saya buat creamy chicken soup..
Resepi saya gogel2..jumpa resepi asas cream of chicken soup di sini..
Tapi saya ubah suai ikut citarasa saya ^^
img_3375
Resepi Creamy Chicken Soup
bahan2nya:-
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air rebusan ayam +seketul isi ayam yang didadu kecil
bahan perasa seperti serbuk oregano, serbuk lada sulah
garam
2 sudu besar susu sejat
1 sudu besar susu cair@fresh milk *optional
cara2nya:-
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum sesudu.
2. Kacau hingga menjadi seakan2 butiran pasir.
3. Masukkan air rebusan ayam tadi. Kacau bagi sebati.
4. Masukkan susu, lebihan tepung (bancuh dengan air) ke dalam sup dan kcau hingga tidak berketul.
5. Masukkan perasa2 dan garam.
* kalau rasa sup terlalu cair tambahkan bancuhan tepung atau susu ikut kesukaan.
SELAMAT MENCUBA ^__^..fuh, letih panjang benar entri ni..dengan kjap2 mek kecik minta susu  ^^v

Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Oreo Cheesecake with Blueberry Topping

Assalam Dears

Best best kek menjadi hasil bantuan my sis..hehe..buat Ahad lepas, balik2 HOI terus ke dapur masak untuk lunch dan buat ciskek..Mujur ada my sis tolong kisr biskut oreo..sementara saya masak lauk untuk lunch..masak simple je la..pasal hubby n BIL kejar nk g “talk” pukul 2 huu

img_3285

sedikit sememeh sebab baru masak panas2 lagi dah curah topping pasal hubby n BIL nak keluar dah, saya potong tapau bg BIL bawa balik Ipoh..

kek ni memang sedap u ols..guna 500gm cream cheese..nak kena tunggu duit jualan masuk baru boleh buat kek ni lagi hehe..kalau rasa2 nak order marilah, selalunya my sis datang rumah saya buat kek ni order dari officemate tpt dia praktikal..

so resepinya adalah dari adik saya yang dia dapat dari kawan dia huu

RESEPI OREO CHEESECAKE (saya guna loyang 9″)

BAHAN2NYA:-

500gm cream cheese (suhu bilik)

1/2 cawan whipping cream -saya guna UHT Whip cream anchor

1/2 cawan gula castor

1/4 cawan susu segar

2 biji telor ayam

1-2 bungkus  biskut oreo ( sebahagian dikisar, sebahagian dipatah2kan)

1 sudu teh esen vanilla

sedikit butter

UNTUK BASE:-

1. Kisar / hancurkan biskut oreo dalam 1 bungkus (ikut ketebalan base yg diinginkan).

2. Tempek2 kan serbuk biskut oreo ke dasar loyang. Tak guna butter pon ok je base nya. (lapik loyang dengan baking sheet)

* lebihan krim jangan dibuang, campurkan dalam adunan.

CARA2NYA:-

1. Pukul cream cheese hingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi dengan kelajuan maksima.

2. Masukkan pula whipping cream dan putar lagi bagi sebati kemudian masukkan susu.

3. Seterusnya masukkan pula telur ayam, krim bickut oreo dan putar lagi. Titiskan esen vanila dan kaup balik.

4. Masukkan biskut oreo yang dipatah2kan tadi. Tuang adunan ke dalam loyang

5.Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius. Bakar dalam 40-45 minit. Boleh juga bakar guna kaedah bain marine/waterbath

* seelok2nya selepas kek masak, sejukkan sebentar di luar sebelum disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kek dipotong.

6. Curah filling blueberry ke atas kek

img_3287

makan ciskek ni memang xleh stop, kejap ke tinggal setengah..ni selepas beberapa jam  lepas kek masak tau huu

img_3281

panas2 dari oven ^__^

dan akhirnya dalam sehari tinggal ini je

img_3295

esoknya makan kami berdua..opss..saya yg lebih hehe..habis..1 biji kek sebenarnya saya sorang pon boley hehe

kalau korang x ada masa nak buat ikut step2 di atas..mai order dgn sayaa hihi

Tags: , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Strawberry Manggo Chill Cheesecake

ASSALAM

img_3160

Perhatian! Ini menu terperam hokay…dah selamat jadi baja pon hikhik

Alkisahnya buat sebab tergoda dengan manggo chill cheese cake dekat blog Dr. Inahar hehe..

Bila stok gelatin Halagel dah sampai , maka tertunailah hasrat hati nak buat kek ni..cumanya saya buat 1/2 dari adunan sebab nak merasa n habiskan stok whipping cream yang topping pavlova sebelum ni, sebenarnya malas nk defrost whip cream dlm esbox huhu

Lagi satu mungkin terlebih gelatin, kek ni macam pejal sket (mungkin juga sebab kurang whip cream)..tapi bila dah beberapa hari baru lembut..nak cuba lenkali buat molek2 sket..tp tak tahu bila..huhu..kek2 cheese ni stok bahn mentah mahal..takleh buat selalu hihi

strawberry

Sebenarnya saya tak ada stok buah mangga masa buat kek ni, yang ada buah strawberry, jadi gunalah buah strawberry sebagai ganti…lenkali kena guna mangga juga ye Puan2 sebab strawberry masam huhu..yang oren2 tu saya guna filling manggo beli kat bakery HOI..

Oklah..cerita pnjang lebar pon x jadi kalau u ols tak cuba resepi mabelos ni..

MANGO CHEESECAKE
resipi: Alongroz
sumber: inahar’s cooking time
Made one 9″ diameter
CRUST:
110g Butter
2 tbs Brown Sugar

200g Digestive Biscuits
- crushed
-kita guna 250gm oreo biscuits
50g Cornflakes
- crushed coarsely
- x letak
- Melt butter with brown sugar.

- Mix in rest of ingredients.

- Press into the cheesecake tin.

- Chill for at least 30 minutes.


FILLING:
1 block (250g) Cream Cheese
1/2 cup Castor Sugar

1 packet Cream
(200ml) -kita guna nondairy whipped cream (dipukul kembang dahulu sebelum campur dalam adunan cheese)
1 cup Mango puree
(used 2 large mangoes & my mangoes were very sweet)
kita guna mango filling beli kt bagus bakery dan campur sikit isi mangga fresh yg diracik2(stok ciput jd sikit jela isi mangga yg kelihatan..hehe)
1 tbsp Gelatine/Jelly powder
- dilute in 1/4 cup water & heat up until melt

METHOD:
1. Cream cream cheese and sugar until smooth.
Add in cream & continue to beat until thicken.
Add in mango puree & stir well.
Add in gelatine/jelly mixture.

2. Pour into the chilled crust.
Chill overnight until set.

3. For topping, arrange mango slices on the cheesecake once it is set.
Mix 40ml apricot jam with 40ml hot water.
Brush the mango topping with apricot jam mixture.
Chill until set.
Serve chilled.


img_3164
rendah je sebab buat x sampai 1/2 bancuhan n guna pula loyang 8″..kalau guna loyang 5″ mungkin tinggi kek sy huhu

Tags: , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

PITTAYA PANNA COTTA

Assala Dears

Dessert ni udah lama masuk dalam list nak buat, nak tau lah pe kebenda panna cotta ni ..tengok dekat blog K.Nor menggoda bangat..

Kebetulan pula Gelatin HAlagel yang saya order online dah sampai dan ada pula buah Naga sebiji dalam esbok..apalagi eden pon torai lah buat “pittaya@buah naga panna cotta ni”

pittaya

Terus terang saya bagitau saya sangat suka dessert ni..walaupun nak buatnya leceh jugalah huhu..dua hari baru boleh makan..nak  bagi keras sket dan sejuk. saya bubuh juga potongan buah naga dalam bancuhan susu tu sebelum mengeras dan bubuh puri buah naga..

img_3174

Menggunakan resepi dari K.Nor ni saya dapat dalam 4 gelas seperti di atas

Kalau nak tahu, rasanya lebih kurang dadih sebab tekstur pon lembut2 gitu..

enak sekali dijamah di panas hari ^_*

mintak ijin ye kak

PITTAYA PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila

utk puree pittaya:
1/2 - 1 biji buah pittaya@buah naga

2 - 3 sudu besar gula
1 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.

6. Blend buah pittaya dan masukkan gula dan perahan lemon. Kacau hingga sebati.
7. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Tags: , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Daging Salai Masak Lemak, Nasi Carrot dan Ayam Panggang Oren

Assalam Dears

Ini bukan masakan terbaru ye..adalah dalam minggu lepas hari Selasa kot saya masak untuk makan malam..siang tu lunch makan nasi dengan telur mata je lah sebab encik somi tak balik hehe..

Daging ni saya perap dengan kunyit dan bakar dan oven.

img_3104

untuk resepi boleh jenguk kat sini

saya gabung dua menu dalam satu entri jelah ye ;)

untuk hari berikutnya Hari Rabu punya lunch saya buat nasi carot dengan ayam panggang oren beserta kari daging

img_3119

untuk resepi nasi mudah je..sagat carot, susu cair@santan , kiub ayam itulah bahan utamanya

untuk ayam, saya perap dengan serbuk cili, madu, bawng putih, oregano dan hirisan kulit oren sunquick beserta garam..kemudian panggang

Tags: , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Pavlova

ASSALAM DEARS

Sana sini orang bercerita dan membuat pavlova..

Bila ditelek2 bahann nak membuatnya mudah je cuma part topping tu kenalah ada whipping cream dan meriah dgn buah2 segar..kalau dapat shopping buahan segar di cold storage pasti heaven heee

img_3153

Saya buat ni sebab nak merasa camne lah sweet tooth orang putih ni..asal pavlova dari New Zealand eh?

img_3157selepas membakar.tengoklah ada 2 lubang saya cucuk nak tau dah masak blom..cik kak oii ni bukan kek la main cucuk2 huu

tapi masa nak pindah ke pinggan merekah sket dan agak melekat di kertas minyak tu..kenapa ye?

img_3159

saya buat 1/2 adunan saja ..nasib buat sket..x berapa kena dgn tekak saya dan suami sebab manis sangat huu..tp kalau ada yg nk merasa dan malas nak buah boleh je order dgn saya kuikui

resepi pavlova banyak dalam internet, google saja..cuma untuk resepi ni saya usha dan copy dari blog kak Yanmie. Halal ye kak ^^

RESEPI PAVLOVA

Bahan-bahan :-

4 biji telur (Putih telur je)

  • 1 cawan gula kastor (saya guna setengah cawan je)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla (saya guna 1 sudu, nak derhaka gak tu hahahaha)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (saya guna 1 sudu)
Topping/hiasan :
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara Membuat Pavlova:

  1. Terlebih dahulu asingkan putih telur dari kuning telur, kita nak guna putih telur je tau!, pukul putih telur menggunakan hand mixer pada kadar kelajuan yang perlahan, saya guna stand mixer so lagi mudah kerja saya, pusing pastu tinggal je tunggu putih telur jadi soft peak form
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul pada kelajuan yang tinggi, sehingga bertukar menjadi putih yang berkilat, angkat pemukul, tengok kalau bahan tersebut menjadi ke tak, kalau tak jatuh tu maknanya meringue korang berhasil hihihi, kemudian masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka, saya terus masukkan je dalam adunan tu, malas nak kacau2 guna spatula kehkehkeh.
  3. Ambil kertas minyak, gariskan bentuk bulat pada kertas minyak dan terbalikkan untuk meletak meringue tadi, kiranya nanti senanglah nak bentukkannya

Proses Membakar :

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150? C selama 10 minit, saje nak bagi ada bahang hihihi, barulah time masak tu betul kan.
  2. Masukkan adunan meringue dalam oven 10 minit pada suhu 150? C, kemudian barulah turunkan kepada suhu  140?C. Masak selama 1 jam. terpulang pada anda, tapi saya masak 1 jam elok je masak, cun hihihi.
  3. Tanda meringue dah masak, ianya kelihatan berwarna coklat muda sikit macam kat gambar atas tu, kalau pegang luar rasa garing, dalam lembut tau, tapi awas sebab ianya mudah retak, kena berhati-hati semasa mengeluarkan meringue tersebut dari kertas minyak. Oh ye, sebelum tu biarkan dalam oven dulu, buka pintu oven, biar sejuk sekejap barulah keluarkan terus dari oven.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental

2- Masukkan gula dan esen vanila

3- Masukkan whipped cream dalam plastik, saya buat semalam, pagi tadi baru guna so sebelum tu saya letak dahulu dalam peti ais sejuk beku, nak hias pagi tadi baru saya keluarkan dan guna.

* Boleh juga guna Whipping cream dalam tin terus kalau malas nak buat, hehehe.

Rasa nak makan barulah hias dengan buah-buahan segar, jangan hias awal-awal takut nanti pavlova tu berderai

p/s: saya guna je buah2 yang ada dlm peti sejuk huhu..ada buah strawberi, plum,dan buah naga..pastu tabur sket choc rice

p/s: whipping cream tu saya buat sehari sebelum, patut simpan kat tpt beku tp sy simpan kt bahagian bawah tu yg cair huhu

Tags: , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Angel Hair Goreng Basah

ASSALAM DEARS ^__^

Haa..Inipun antara entri tertunda hikhik

Saya masak makanan ni masa Opah damia datang, ala..hari yang sama saya buat brownies lapis cheese tuu huhu..

Saya masak petang sebelum mak abah n adik balik Perak, buat lapik perut dalam perjalanan kan..Dah deme balik sebelum pukul 7 kan..xkan nk hidang nasi..lagipun tengah hari dah makan nasi

Saya tak ada stok mee jadi saya guna pasta angel hair yang halus tu..sedap dan lagi bagus dari mee hee..selalu jugalah buat makanan untuk damia guna pasta ini..

Untuk resepi saya main campak2 je hehe..malas pula nak taip..yang penting ala2 buat sizling mee..buat basah2..

Saya guna sosej, isi ayam, sayur (lobak, bunga kobis), sos tiram, sos cili, cili kisar..jangan lupa pecahkan telur hehe..baru sedap

nak resepi lengkap Pm sayalah huu

TAPI…

KALAU KORANG NAK CUBA ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM RESEPI K.NOR PON OK

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments

Brownies Lapis Cheese Kukus

img_3024

ASSALAM DEARS

Lagi entri tertunda huu, memang selamanyalah tertunda saja post dalam blog ni ^^v

Brownies kukus ni saya buat early February ke penghujung January tah..tengok tu, sampai tak ingat dah huhu. Buat masa opah Damia datang rumah. Masa tu juga tuan puteri kami merengek2 sampai terpaksa minta mak mix keju hehe..

Bagi saya brownies ni lebih kurang je dengan brownies marble cheese, atau mana2 kek coklat yang ada lapis dengan cheese atasnya, beza tang kukus lah kan..Tak tau silap tang mana, lapisan coklat tu macam keras sketlah..tapi mujur ada lapisan cheese tengah2 so sedaplah juga ^^

Untuk resepi lapisan coklat saya guna resepi dari sini

BROWNIES KUKUS
Sumber : resep.dekap.com

BAHAN-BAHAN:
100gm gula castor
150ml susu cair
100ml susu pekat manis
150gm majerin

50gm serbuk koko

150gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
2 biji telur gred A

CARA-CARA:
1. Masak di atas api, gula castor, susu pekat, susu cair dan majerin hingga larut.
2. Larutkan koko dengan beberapa sudu adunan susu dan majerin tadi. Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
4. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan koko.

manakala untuk lapisan cheese ikut di sini seperti di bawah

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10″  )

  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade….jadik jugee….=)

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  5. ##cara lapis##
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

dsc04011

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Users' Comments