Puding Roti dan Sos Kastard
Salam
Sejak dapat oven walaupun yang lama dari mak Ipoh, berkobar2 sungguh nak membaking..jadi hasil pertama saya adalah yang mudah2 saja dulu iaitu puding roti.
sebelum bakar
BAHAN2NYA
8- 10 keping roti yang dicarik2
500ml susu segar(boleh ganti susu sejat)
4sb gula
2sb butter
2bj telur
1sb tepung jagung
kismis, anggur
CARA2NYA
1. Rendam roti dalam susu dalam 1 jam,sementara itu pukul gula dan telur (sy blend saja)
2. Dalam blender, masukkan juga butter dan kisar lagi.
3. Sapukan mentega pada loyang.
4. Tuangkan hasil blender tadi ke dalam loyang dan diikuti roti yang direndam tadi.
5. Taburkan kismis ke ats roti dan bakar. Saya taburkan buah anggur juga sebab kismis ada sikit je pun.
selepas dibakar..nampak tak oven saya hihi
suka makan tang kerak sikit..sedap resepi ni..tak terlalu manis
Bawah ni pula cara saya makan puding dengan sos kastard dan ditabur anggur segar yang masam2 sedikit..sedap

Sos kastard
1.3 st tepung kastard sibancuh dengan sedikit air.
2. Masakkan 5sb gula +sedikit air+1 cawan susu sejat dalam periuk.
3. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard.Kacau hingga likat.
4. Sejukkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
selain itu ada juga dadih mangga..buat masa tu cuaca panas sangat

nak buat dadih senang je..ikut saja arahan pada kotak dadih ^^
















bleh try wat ni.dh lama nk buat.. tp xtau cr nk buat,..kak bakar tu brapa minit? suhu?
akak x pasti pula berapa lama..nak tau dah masak..cucuk dgn lidi x melekat okla tu..suhu sebab guna oven lama 100 c je..
nice, thanks for sharing, will try one of these days.
saya dah try ms raya haji aritu..mmg menjadi..tp saya bakar 40 minit…kismis pesan kat adik,dia blh x beli..so gune apa yg ada..choc rice,manik gula & love..nak upload gambar,tp x blh ek..hehee…sedap sangat..oh 1 lagi,bg saya yg suke manis ni,pas2 ni nak kene tambah 1 sudu lagi,sbb xbrp manis..hehehe
oh…nak share, saya gune oven letrik, ambil suhu 180 degree C, 40 minit…
hi hana
maaf lmbat reply..beraya huhu..
thanks mencuba resepi mi..yup kurang manis, if jnis gmar manis boleh tambah gula..waa..guna choc rice etc..mesti mabelos kn..teringin tgok hasil puding hana..hana xde blog ke?mesti seronok kn masak utk family..=)
thanks sharing ^^..maklumlah sy oven lama je hihi
ehehehhe!! im trying it right now! first attempt!! thanks ya!
hee..berjaya x buat? ^^